adakah menjadi seorang popular itu satu nikmat? aku kadang-kadang teringin juga menjadi salah seorang daripada mereka yang popular di sekolah. di mana sahaja mereka pergi, pasti akan ada orang yang menegur dan kita akan berasa sungguh hebat.
adakalanya, seseorang itu sanggup menjadi orang lain yang bukan sifat dirinya yang sebenar untuk menjadi popular.
aku memanglah tidak popular. tetapi aku bahagia melalui saat saat kehidupan dengan sifat semulajadiku, tidak perlu berlakon menjadi orang lain. oleh itu, aku mengetepikan niatku untuk menjadi popular.
No comments:
Post a Comment